Wednesday, August 26, 2009

SaLaM RaMaDHaN : RaMaDHaN KaRim

Salam buat semua..

Alhamdulillah bertemu lagi kita semua dengan bulan yg mulia bulan penuh keberkatan iaitu Bulan Ramadhan. Hari ini telah genaplah sudah 5 hari kita menunaikan ibadah puasa di mana ia adalah termasuk dalam Rukun Islam yang lima itu. di sini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah Puasa kepada semua umat Islam seluruh Dunia. Adalah diharapkan Ramadhan pada kali ini membawa lebih banyak keberkatan buat kita semua.Amin Ya Rabbala'lamin..:)


Sedikit perbezaan pada sambutan ramadhan kali ini di mana pada kebiasaannya saya akan pulang ke kampung dan menyambut 1 Ramadhan bersama-sama Abah,Mak, Tok serta sanak saudara yang lain. Namun pada ramadhan kali ini kebiasaan itu terubah di mana Abah,Mak,tok serta sanak saudara datang ke Selangor Darul Ehsan dan menyambutnya bersama-sama dengan saya di Cyberjaya, Selangor. ini adalah berikutan daripada keputusan serta kekangan masa saya untuk pulang Kedah.Tatkala itu, mereka mengambil keputusan untuk datan dari Kedah ke Selangor dan menyambutnya bersama-sama dengan saya.Alhamdulillah...(dpt juga sambut Ramadhan dgn Family semua). ini juga adalah ramadhan yang pertama saya di perantauan.Satu lagi pengalaman hidup yang baru serta nikmat daripadaNya..:)


Adalah diharapkan pada Ramadhan kali ini kita semua dapat melaksanakan nya dengan sebaik mungkin dan mendapat limpahan rahmat daripada Allah SWT. AMIN...
SALAM RAMADHAN

Monday, August 10, 2009

PuTeRi MaNDi

Salam kepada semua pembaca dan juga 'blogger buddies' sekalian. setelah sekian lama saya tidak 'update' apa-apa 'entry' di sini di atas kesibukkan dan juga kekangan yang melanda telah mengakibatkan saya tidak dapat 'update' blog di sini. Harap maaf maklumlah baru mendaftar sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) di UiTM Shah Alam la katakan...baru nak masuk sebulan berada di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan nie.
Berbalik kepada tajuk 'entry' kali ini iaitu PuTeRi MaNDi adalah nama tempat di mana saya dan beberapa sahabat saya serta kenalan lama berkunjung pada sebulan yang lepas. Telaga Puteri Mandi ini adalah salah satu lokasi air terjun yang terletak di daerah Yan, Kedah Darul Aman. Berdekatan dengan TPM ini terdapat beberapa lokasi perkelahan serta air terjun yang lain seperti Titi Hayun, Gunung Jerai, Tangga Kenari 1000 dan juga Pantai Murni. Namun setelah berbincang saya dan rakan2 telah memilih Puteri Mandi sebagai lokasi perkelahan kami pada hari berkenaan.



Seawal jam 8.00pagi saya dan rakan-rakan telah berkumpul di perkarangan rumah fifi dan memulakan perjalanan pada jam lebih kurang 8.30 pagi. Untuk perkelahan kali ini nasir telah lantik untuk menjadi ketua dan bertanggungjawb bagi memastikan perjalanan percutian pada kali ini berjalan dengan lancar dan teratur. Fifi dengan sukarelanya telah menyediakan Nasi Lemak untuk menu santapan utama kami semua (Fifi masak sendiri tau). hafizzudin telah menyediakan kuah rojak dan juga buah mempelam dari tanaman nya sendiri, Kak Cik Mira telah menyediakan sandwich, Anip telah menyediakan minuman dan ais, nizam membawa beberapa makanan ringan, amali menyediakan roti tambahan manakala saya pula membawa kuih-muih dan juga nugget yg di goreng oleh nasir.

Kami bersama konvoi menaikki tiga buah kereta iaitu kereta saya, Anip dan Nasir. perjalanan dari Alor Setar ke Yan telah mengambil masa lebih kurang 45minit dan perjalanan adalah lancar dan menarik. Di sepanjang perjalanan menuju ke destinasi, di dalam kereta saya di warnai oleh kepetahan nasir untuk bercerita dan amali yang pandai menyampuk.

KENDERAAN RASMI KONVOI PUTERI MANDI

Setibanya kami ke destinasi kami perlu berjalan kaki lebih kurang 200meter dari kawasan 'parking' kereta untuk tiba di Telaga Puteri Mandi itu. Penjelajahan kami di dalam hutan kecil itu sangat menarik dan banyak tumbuhan-tumbuhan hutan serta haiwan-haiwan kecil dapat dilihat. nama-nama pokok dalam hutan tue pun unik-unik belaka. aku dengan nasir asyik menghafal dan saling membetulkan sebutan nama pokok yang betul sampai kena marah dengan amali..hehehehe




setibanya di lokasi yang agak strategik untuk di jadikan tempat kami berehat dan mandi-manda itu..kami bersama-sama menyusun atur serta menghidangkan bekalan yang dibawa kemudian apa lagi??tukar baju dan berenang laaa...kesegaran serta kedinginan air terjun itu cukup menyegarkan badan dan keletihan berjalan kaki tadi hilang sekilip mata sahaja..



BEST NYER HAFIZZUDIN DGN FIFI BERENDAM YER....:p

PEACE U TOO ANIP..;-II

Pada jam 3 Petang kami berangkat pulang dan menuju ke Pantai Murni lebih kurang 5km dari Telaga Puteri Mandi. di Pantai Murni kami telah menikmati keindahan dan biru nya air laut yang cantik di hiasi pulau-pulau kecil di tengah-tengahnya.












Jam 4.30petang kami meneruskan perjalanan menuju ke Jambatan di Daerah Yan juga yang telah di bina merentasi laut menuju ke sebuah pulau kecil. Lokasinya agak terpencil sedikit dan perjalanan menuju ke Jambatan itu agak menakutkan dan mencabar jugak la di tambahkan lagi dengan cerita seram yang bermain di imaginasi saya.huhuhu serius takot!!! Tapi buat biasa jer sebabnya kami kan ramai...









PEMANDANGAN DI SEPANJANG JAMBATAN DAN PULAU KECIL DI SEBERANG LAUT.
(tak pasti plak berapa panjang nya jambatan nie..tapi time dekat tengan2 laut yang bertemu langit biru tue mmg cantik sangat)
sekian sahaja 'entry' utk kali nie....WASALAM!!!!
p/s:gambar peristiwa adalah hasil seni Anip...seni ker???wat ever pun thanxs 4 the pict anip...:)