Friday, October 2, 2009

Hidupkan Hati Dengan Mengingati Mati

Nukilan kali ini mungkin menampakkan ia seolah-olah anti-klimaks di tengah-tengah keghairahan pembanggunan yang pesat, kelincahan hidup yang penuh warna-warni serta kilauan cahaya kemeriahan dan kebahagiaan hidup. Namun percayalah dengan mengingati mati sebernanya kita bukan ditarik kebelakang tetapi ia lebih kepada mendorong untuk terus maju kehadapan.

Ringkasnya ingat mati sebenarnya akan menghidupkan jiwa kita untuk terus maju, bersatu dan lebih giat berusaha. Sebagai contohnya, lihatlah bagaimana hebatnya perjuangan generasi yang ingat mati yakni pada zaman Rasulullah dan para sahabat. Ulama Nusantara yang terkenal, HAMKA menulis: ' Orang yang ingat kematian dengan akal dan hikmahnya, tidak ubah seperti orang yang ingin pergi haji.Selamanya dalam perjalanannya dia tidak lupa bahawa dia akan menunaikan haji. Dihafal manasik, disediakan bekalan dan belanja, jangan sampai hajinya kecewa.'






Begitulah metaforanya dimana orang yang akan mengerjakan haji tatkala fikirannya akan tertumpu pada matlamatnya. Tidak punyai banyak was-was dan panjang angan-angan lagi. Masa kini dirasakan begitu berharga yang sama sekali tidak akan disia-siakan melainkan untuk melakukan sebanyak-banyak kebaikan dan ketatan. Inalah rahsia mengapa Rasulullah S.A.W menganjurkan umatnya supaya sentiasa mengingati mati.

Ingat mati bukan sesuatu yang pasif dan jumud bakan sesuatu yang aktif dan, dinamik dan produktif. Bukan soal mati itu sahaja yang seharusnya dijadikan fokus utama tetapi bekalan untuk melaluinya serta melepasinya itulah yang lebih utama. ini adalah ekoran kerana bekalan persediaan kehidupan selepas mati adlah dilakukan semasa hidup yakni sebelum mati.


Hasilnya, seseorang yang mengingati mati akan melakukan segala sesuatu dengn terbaik. Dia merasakan setiap peluang dan ruang yang ada itu adalah yang terakhirnya kali untuk nya. Misalannya peluang untuk menunaikan ketaatan serta kehambaannya terhadap Tuhan yang Esa, peluang untuk mengecapi sesuatu dalam hidupnya, peluang untuk berbakti kepada kedua ibu bapanya, sanak saudaranya serta peluang untuk melakukan kebaikan serta meninggalkan sesuatu yang terindah untuk kenangan bersama sahabat-sahabatnya serta orang-orang yang di sayangi nya. Dengan itu juga dia tidak akan pernah melepaskan peluang untuk terus menyayangi orang disekeliling dan berusaha untuk membuang setiap titik rasa benci, dendam dan kekecewaan nya terhadap mereka yang disayangi.

Maka dengan semangat itulah setiap perkara akan dilakukan dengan usaha untuk melaksankannya dalam erti kata yang terbaik pada setiap masa, setiap ketika dan walau di mana jua seolah-olah itu adalah detik terakhirnya. ini adalah kerana dia dapat merasakan serta memahami bahawasanya mati itu akan datang secara tiba-tiba.


Mudah-mudahan kita semua dapat menteladani para salafussolehyang sentiasa mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya. Mudah-mudahan juga mati sentiasa ' hidup' di hati kita semua.

Pada yang empunya harta melimpah
hulurkanlah zakat dan sedekah
pada yang sihat dan kuat
kerahlah tenaga dan keringat
pada yang berbakat dan cendekiawan
pemurahlah dengan hikmah dan pengajaran
pada yang miskin dan kesempitan
bersedekahlah dengan senyuman
semua kita harus pemurah
memberi bukan untuk bermegah
tetapi itulah perintah Tuhan
Semai kebaikan dan tuailah keredaan


p/s: nukilan ini hasil resolusi yang di ilhamkan hasil pembacaan dan penterjemahan daripada bahan bacaan : 'PANDUAN HIDUP BERSYARIAT SOLUSI, ISU NO. 8 keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.

Sunday, September 13, 2009

Antara Musibah & Hikmah

Sebagai manusia serta hamba Allah SWT kita tidak pernah terpisah dengan kesulitan,kesusahan serta ujian daripada Nya. Ini adalah kerana melalui kesusahan dan kesulitan hidup serta musibah yang menimpa itu lah caranya Allah mengingatkan kita supaya kembali kepadaNya, kembali kepada kasih sayang Nya yang kekal abadi tiada tandinganya.
Ekoran itulah aku jugak tidak dapat mengelakkan diri serta lari daripadanya. Itulah hakikatnya yang perlu d hadapi oleh semua Insan di dunia ini. Namun apa yang membezakan nya adalah cara bagaimana kita di uji serta jenis ujian nya sahaja. Sekiranya kita adalah orang yang beriman maka uijian kekuatan iman lah untuk kita, sekiranya kita sayangkan sahabat kita atau sesiapa sahaja dan nekad untuk menjadi yang setia maka keihklasan serta kekuatan kasih sayang itulah untuk kita dan sebagai nya.
Begitulah juga aku sebagai hamba Allah yang turut di uji dan ditimpa musibah. Beberapa ketika yang telah lalu aku di uji dgn pelbagai ujian dari segenap sudut kehidupan dalam satu jangka masa yang sama sehinggakan aku sendiri tidak mampu untuk berhadapan dengan nya sehinggakan aku kehilangan diri aku sendiri. Dalam lingkungan masa yang sama permulaan nya aku di kunjungi semula anemia dan tuntutan masa serta proses perubatan menjadikan hidup keluar dari norma yang sepatutnya. Sokongan dan bantuan dari taulan di terima tanpa henti sehingga tidak mampu untuk aku membalasnya. Keadaan kesihatan yang tidak menentu serta ketidaselesaan terhadap perubahan diri sudah cukup untuk mematahkan semangat untuk meneruskan hidup. Saban hari berita tentang penularan anemia menghantui aku namun kesykuran timbul tatkala teman-teman sejati tampilkan diri berdiri teguh di sisi. Berbekalkan semangat serta kasih sayang yang di beri kekuatan diri terkumpul atas dasar pergantungan itu.
Kemudianya setelah masa berlalu persengketaan mula timbul tatkala wujudnya persaingan membuktikan kesungguhan diri untuk membantu aku di kalangan mereka mula timbul. Bukan itu saja malahan keadaan mula menjadi genting apabila pelbagai isu mula timbul. Di saat itu diri aku yang lemah luaran dan dalama tidak mampu untuk berbuat apa di tambahkan pula dgn kebinggunan terhadap apa yang terjadi membelenggu diri. Aku hanya berdiam diri serta membiarkan nya terus berlaku tanpa aku sedari aku kini kehilanggan mereka satu demi satu dan akhirnya tinggal hanya seorang sahabat sejati yang aku rasa paling mengerti,memahami serta menjadi pendengar yang setia kepada musibah yang di alami. Tanpa rasa jemu dan benci dia terus memberi sokongan serta doa untuk kesejahteraan diri. Namun aku tetap di uji tatkala timbul satu illusi menuntut kesefahaman itu menjadi sengketa antara kami. Tidak banyak yang dapat aku lakukan pada saat dan ketika itu kerana keadaan yang terlalu rumit serta mustahil untuk di jelaskan menuntuk kami berhenti di situ. Lalu ucapan selamat tinggal di berikan kepada aku di saat-saat aku begitu memerlukan seorang insan yang aku gelar kawan. Aku kehilangan semua insan yang aku sayang insan yang aku gelar sebagai kawan.
Dalam pada itu jugakebahgiaan keluarga aku teruji dan goyah tatkala abah dan mak mula memutuskan untuk membawa haluan masing-masing ditambahkan lagi dengan sengketa keluarga yang timbul. sebagai anak sulong dalam keluarga telah menjadi tanggungjawab aku untuk memikul serta memastikan mad dan abah tetap bersatu. namun sekali lagi keadaan diri aku tidak memungkinkan bebrbuat apa.
Disaat dan pada ketika ini aku membawa diri keluar dari sempadan negara di mana di situlah aku mencari kebenaran serta diri aku yang hilang. Tindakan aku itu mungkin seakan melarikan diri dari nya namun aku cuma lah manusia biasa yang memerlukan masa untuk melalui itu semua. peredaran masa berlalu aku tak mungkin hanya terdiam kaku tetapi aku perlu bangkit dan keluar dari diri dari terus membelenggu. pada mula nay persaan bencimarah dan dendam memenuhi setiap genap ruang hati aku yang menutup semua ruang indah nya sayang itu. Namun semakin aku menyalahkan takdir serta mereka yang terlibat semakin itu lah aku tidak tenang dan semakin itu lah aku sakit. kenapa itu harus berlaku??
persoalan demi persoalan membelenggu diri aku sehingga lah aku sedaraku tidak mampu lagi membeci mereka semua ini adalah kerana rsa kasih sayang yang ada dalam diri aku itulah yang kuat dan inspirasi kepada ketenangan diri aku. walaupun nampak agak kejam dan tidak sepatutnya berlaku tatkala aku dalam kedaan tiak mampu dan memerlukan mereka insan yang aku sayang disisi mereka tegar meninggalkan aku tetapi itulah takdirnya kasih sayang aku terhadap mereka di uji.
aku terus menghambakan diri kepada yang Esa dan memeohon semoga ketenangan, ketabahan serta jalan untuk mengatasinya di beri. Doa aku juuga di panjatkan supaya aku terus di kurniakan keikhlasan serta kekuatan di dalam hati untuk terus menyayangi mereka semua dan di hindari rasa yang tidak sepatutnya. Alahamdulillah satu demi satu persoalan mula terjawab kekuatan kasih sayang aku terhadap mereka semakin utuh dan kepercayaan aku kepada mereka tidak pernah goyah walaupun adakalanya keadaan memaksa kepercayaan itu di persoalkan.
Kini aku juga sedar akan kesalahan serta kelemhan diri aku sendari dalam menghadapinya pada pemulaan sehinggala aku mula kehilangan semua nya. walaupun aku di katakan sudah terlewat untuk membetulkan nya namun aku tetap percaya bahawasanya tidak ada istilah terlewat untuk membetulkan sesuatu. 'BETTER LATE THAN NEVER'..aku bangkit dengan kekutan itu. Allah lah yang mentakdirkan segalanya dan hanya Dialah yang maha mengetahui di atas segala yang di takdirkan nya.
setelah musibah berlalu kni hikmah mula bertemu, persahabatan aku anatara sesetengah daripada mereka sudah mula kembali subur walaupun sebahagian daripada nya masih layu menunduk terkubur. mak dan abah juga telah kembali bersatu dan kesefahaman antara mereka kembali terbentuk. Hubungan kekeluargaan menunjukkan tanda-tanda akan kembali menyeri dengan kebahgiaan yang pasti di miliki. Kesyukuran kepada yang Esa aku panjatkan di atassegala apa yng ditakdirkan itu. sesunguhnya pelajaran daripadanya terlalu banyak aku miliki dan ketahui. Indah sungguh Hikmah yang ditakdirkan itu.
Di kurniakan nya musibah pada mereka yang di kehendaki,
keluhan serta persoalan mula di lontarkan,
kebencian, dendam serta kekecewaan menjadikan ia punca hilang akan pegangan diri,
Sehinggalah pilihan di buat,
kasih sayang menjadi tunjangan kepada ketenangan serta ketabahan hati,
begitulah indah nya hikmah di sebalik muibah yang menimpa diri...
SEKIAN...