Monday, July 20, 2009

Al-Fatihah

'Setiap yang baharu akan menjadi lama, setiap yang muda pati akan tua dan bgitulah juga bagi setiap yang bernyawa pasti menemui ajalnya'

Begini lah janji lumrahnya dunia. Setiap insan dan yang bernyawa itu pasti akan menemui ajalnya apabila Izrail datang menjemputnya. Maka akan ditinggalkan setiap yang disayanginya dan dunia yang menjadi persinggahan sementara menuju destinasi yang menjanji kekal selamanya.


Tanggal Jun 1997 telah ditakdir seorang insan yang begitu bermaka di dalam hidup aku pergi meninggalkan aku buat selamanya. Insan yang pertama mengajar aku tentang mengenal dunia, insan pertama yang aku kenal pada kelahiran aku di dunia ini. Insan yang senantiasa menjadi sahabat dan teman aku padasetiap ketika, membimbing aku serta menyangi aku sepenuh hatinya. Insan tercinta yang di maksudkan adalah Allahyarham Tuan Haji Hussein Bin Ariffin iaitu datuk aku yang memelihara dan membesarkan aku sejak aku kecil lagi. Arwah merupakan insan yang terutama serta yang terpenting dalam hidup aku.


Allahyarham Tuan Haji Hussein Bin Ariffin
(Jun 1997)
-Al-Fatihah-

Julai 2001 seorang sahabat sejak di zaman kanak-kanak aku yang juga merangkap saudara susuan ibuku telah kembali ke Rahmatullah. Beliau merupakan di antara sahabat aku yang paling akrab di zaman kanak-kanak aku. Semasa aku dilahirkan di ketika mana ibuku sakit dan dimasukkan ke Hospital aku telah disusukan oleh Ibunya. Beliau merupakan sahabat dan teman aku yang menemani aku di waktu itu. Walaupun beliau meinggalkan aku hampir 8 tahun lamanya namun detik kenangan manis dan pahit aku dengan nya tetap segar di ingatan sehingga ke hari ini. beliau meninggal dunai akbat kemalangan ketika di dalam perjalanan pulang dari Bukit Wang. Kehilangan beliau begitu aku rasai di ketika itu. Namun pemergian nya harus aku redahai erana itu adalah ketentuan dari Ilahi. Sehinga kehari ini hubungan aku dengan semua keluarganya masih akrab dan mesra terjalalin. Alhamdulillah.



Allahyarham Muhammad Rohaimi Bin Ramli
(Julai 2001)
-Al-Fatihah-

Tanggal 2004 aku dan rakan-rakan sekolah menengah dikejutkan pula dengan berita pemergian Allahyarham Adib Afique Bin Amid. Beliau merupakan salah seorang junior aku di sekolah menangah. Beliau merupalkan seorang junior yang sangat baik dan taat serta hormat kepada senior di sekolah. Beliau cemerlang di dalam PMR dengan mendapat 7A dan pada ketika itulah beliau tidak mampu untuk menyambung pelajaran nya lagi kerana beliau adalah pesakit Anemia Aplastic untuk very Severe Stage. Di kala itulah dunia persahabatan aku serta keakraban sebaai sebuah keluarga di antara aku dan sahabat2 yang lain teruji dan setelah peristiwa itulah hubungan di antara kami menjadi semakin akrab. Menyedari kami kini sebuah keluarga kami mula menghargai diantara satu sama lain dengan lebih baik. tatkala berita pemergian arwah adib diterima kami semua sahabat2 membantu serta melakukan apa yang sepatutnya sahabat melakukan. kamu menyusun atur serta membantu upacara pengembumian arwah dan uga turut menguruskan majlis tahlil untuk arwah. Kunjungan terhadap keluarga tidak pernah kami lupakan.




Allahyarham Adib Afique Bin Amid

(2004)

-Al-Fatihah-

16 Julai 2007 merupakan hari yang begitu menyedihkan aku. Setelah menerima panggilan telefon dari seorang sahabat yang memberitakan pemergian seorang insan yang boleh aku katakan seorang kawan, sahabat, teman dan segala-galanya dalam hidupkan membuatkan hidup aku menjadi begitu kosong dan sunyi. kehilangan arwah merupakan hilangnya sebahagian dari kebahgiaan hidup aku. beliau merupakan sahabat aku yang senantiasa membuatkan hidup aku menjadi ceria dan bahagia walaupun disebaliknya penuh dengan kedukaan dan penanggungan derita yang tidak nampak pada zahirnya. Kehadiran arawah sebagai sahabat dalam hidup aku mengisi serta memenuhi etiap rongga dan ruang kekosongan yang ada di hati aku. kemanisan detik persahabatan menjadikan ianya sangat berharga dantiada tolok banding nya. keikhlasan, kejujuran serta kepercayaan di antara kami itulah yang menjadi tonggak serta kekuatan persahabatan yang terjalin. kesangsian serta kepura-puraan itu tidak pernah wujud di antara kami. keakraban yang terjalin menimbulkan persoalan serta usikkan dari sekeliling yang memandang namun hanya kami yang tahu antara kami. mengenali hati budi seorang di antara kami tidak memerlukan kami untuk mendengar suara yang ketiga serta melihat dari mata yang ketiga. hanya hati dan keihlasan itulah menjadi panduan utama. setiap yang mendatang itu hanya sekadar menguji akan keiklasan serta kejujuran dan kepercayaan antara kami Beliau meninggal akibat daripada Kanser Usus.

Allahyarham Mohd Khaeril Amri Bin Ahmad Tajuddin

(16 Julai 2007)

Al-Fatihah

Ya Allah Ya Tuhanku tempatkanlah mereka di tempat yang bahagia dikalangan mereka2 yang beriman serta bertaqwa kepada Mu Ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosa merek Ya Allah. kasihilah mereka sepertimana mereka pernah mengasihi ku ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah yang maha Pengasih, penyanyang lagi maha pengampun segala dosa hamba Mu ya Allah. Amin..

3 comments:

alexandria said...

setiap yang hidup pasti akan kembali..al-fatihah..takziah ye shu..

khaer said...

ralat:- pembetulan adib afique amid meninggal disebabkan penyakit darah..
iaitu apalastic anaemia..
hematologic disorder...
dari penyakit tu dia mengalami kegagalan organ2 yg penting or MOF( multi organ failure )
al fatihah.. semoga kau aman disana & kami akan menyusul wahai sahabat..

sHuHaDa said...

alexandria..: thanx v much..

khaer..:betul la...neway thanx..u knw better than me...yer la Nursing student kan..thanx ek..