Wednesday, August 26, 2009

SaLaM RaMaDHaN : RaMaDHaN KaRim

Salam buat semua..

Alhamdulillah bertemu lagi kita semua dengan bulan yg mulia bulan penuh keberkatan iaitu Bulan Ramadhan. Hari ini telah genaplah sudah 5 hari kita menunaikan ibadah puasa di mana ia adalah termasuk dalam Rukun Islam yang lima itu. di sini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah Puasa kepada semua umat Islam seluruh Dunia. Adalah diharapkan Ramadhan pada kali ini membawa lebih banyak keberkatan buat kita semua.Amin Ya Rabbala'lamin..:)


Sedikit perbezaan pada sambutan ramadhan kali ini di mana pada kebiasaannya saya akan pulang ke kampung dan menyambut 1 Ramadhan bersama-sama Abah,Mak, Tok serta sanak saudara yang lain. Namun pada ramadhan kali ini kebiasaan itu terubah di mana Abah,Mak,tok serta sanak saudara datang ke Selangor Darul Ehsan dan menyambutnya bersama-sama dengan saya di Cyberjaya, Selangor. ini adalah berikutan daripada keputusan serta kekangan masa saya untuk pulang Kedah.Tatkala itu, mereka mengambil keputusan untuk datan dari Kedah ke Selangor dan menyambutnya bersama-sama dengan saya.Alhamdulillah...(dpt juga sambut Ramadhan dgn Family semua). ini juga adalah ramadhan yang pertama saya di perantauan.Satu lagi pengalaman hidup yang baru serta nikmat daripadaNya..:)


Adalah diharapkan pada Ramadhan kali ini kita semua dapat melaksanakan nya dengan sebaik mungkin dan mendapat limpahan rahmat daripada Allah SWT. AMIN...
SALAM RAMADHAN

2 comments:

Anonymous said...

selamat berpuasa shuhada....=)

sHuHaDa said...

selamat berpuasa jugak..:)