Sunday, May 24, 2009

SiaPa oRaNG nYa YaNG TeLaH MeNCuRi KeReTa aKu???

Dua hari yg lalu Persatuan Bekas Pelajar SMKTAM menganjurkan perjumpaan semula “reunion” bekas pelajar SMKTAM bertempat di Dewan Wawasan SMKTAM. Aku bersama-sama kawan seperjuangan juga turut meluangkan masa untuk menghadiri majlis tersebut.

Di awal pagi aku dan beberapa sahabat yang lain telah berjanji untuk untuk sama-sama pergi ke majlis tersebut dan pada jam 8.30 malam seperti biasa mereka akan datang dan berkumpul di rumah aku sebelum memulakan perjalanan kami ke Dewan Wawasan SMKTAM. Setelah semua nya tiba maka aku dan sahabat-sahabat aku memulakan perjalanan kami menaiki kereta masing-masing.

Setibanya aku dan sahabat-sahabat aku di SMKTAM aku meletakkan kereta aku di hadapan Makmal Fizik di mana di situ lah kelas aku ketika di tingkatan empat. Tanpa melengahkan masa kami terus menuju ke Dewan Wawasan dan suasana di malis itu sangat lah meriah dan kami berpeluang beramah mesra dan bertemu rakan taulan yang kebanyakkan nya telah berjaya mencapai cita-cita masing-masing. Aku juga berpeluang bertemu dengan barisan guru-guru yang telah banyak berjasa kepada aku dan sahabat yang lain. Pelbagai acara menarik telah di adakan dan banyak hidangan yang lazat-lazat juga tersedia. Majlis tamat kira-kira jam 12.00malam dan kami semua sempat mangambil gambar kenangan bersama-sama. Majlis itu juga mendapat liputan meluas daripada piha media (media cetak dan elektronik) kerana ada di antara kami yang telah berjaya menjadi koprat yang berjaya begitu juga selebriti yang terkemuka.

Apabila majlis telah tamat aku dan sahabat-sahabat aku menuju ke tempat letak kereta. Aku begitu terkejut apabila manyedari kereta aku sudah tidak ada di situ. Keadaan menjadi semakin serius apabila usaha mencari dan mengesan kereta aku tidak berjaya. Ak tidak berputusa asa dan terus mencari kereta aku sehingga dua hari dua malam berturut-turut tanpa henti sambil di sulami air mata kesedihan. Sahabat-sahabat aku, ahli keluarga dan juga pihak berkuasa juga turut membantu dalam usaha mencari dan mengesan serta mendapat kan kembali kereta aku yang hilang itu. Namun semuanya gagal. Emak dan abah, ahli keluarga sanak saudara serta sahabat semua turut menenangkan aku dan berjaniji untuk mengantikan dengan kereta yang baru. Namun aku tetap berdegil mahu mendapatkan kereta ku semula juga.

KAK LONG, KAK LONG, OH KAK LONG!!!

Aku terus bergegas ke depan rumah dan mendapati kereta kesayangan aku masih berada di hadapan rumah aku..ALHAMDULILLAH syukur kepada ALLAH yang maha esa kerana kereta aku masih berada di situ. Aku berpesan kepada kereta aku supaya jangan di tinggalkan aku sebegitu rupa kerana aku sangat menyayangi nya.

Tanpa melengahkan masa lagi aku terus mandi dan siap-siap keluar menuju ke Jalan Putra untuk ‘mandikan’ kereta aku di situ dan kemudian ke tempat servis kereta untuk menyelenggarakan nya. Akibat daripada mimpi ngeri aku itu, aku pada keesokannya seharian berada di dalam kerets dan meluangkan masa aku di dalam kereta berjalan-jalan melihat keindahan alam.



MIMPI NGERI YANG TAK DAPAT DILUPAKAN!!!

6 comments:

Anonymous said...

jmpe x kete u B?mcm ner ley hilang..huhuhuhu

Anonymous said...

jup..jup.. last two days u bukan ker g syd?

sHuHaDa said...

anonymous : jumpa..jumpa..ada depan rumah i jer..ntah la mcm ner leh hilang tak de plak episod tue..:)

sHuHaDa said...

anonymous : yup u r absolutely rite..:)

Anonymous said...

mimpikan mainan tidur gurl...

sHuHaDa said...

adang2 mimpi jgk leh jadi petanda tau...it happened to me thousand of time....huhuhu so scared!!!